KETURUNAN NIK,WAN,TUAN, CHE, TENGKU KELANTAN BERASAL DARI SYED HUSIEN JAMADIL KUBRA
Beliau
adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga
nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH
DI SEKOLAH.
1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.
5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8.
Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah
bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan
merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul
sebelum ke Jawa.
WALI 7
Saiyid
Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga
kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas
seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang
kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di
Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid
Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah
menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh
dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri
masing-masing.
Sepanjang
misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga
Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya
bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah
terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai
Danau Tok Uban.
Anak
sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor
dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein
hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan
Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara)
Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah
seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat
menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek
moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa
Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi
tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang kelantan
sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata
memandang.
Shaik
Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai
tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang
untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman
dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa
kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut
ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit
Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya.
Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah
perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di
Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan
sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung
Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Semua
informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu
banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita
tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan
seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh
sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut.
Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu
kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan
China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak
kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan
Richard Winsteadt.
Selain
Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk
mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak
sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di
Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman
Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8
ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari
masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas
zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi
dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah
Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa
kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja
Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani
Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula
bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya
bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari
Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan
Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui
berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem
feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri
Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran
dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di
kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai
gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long
Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan
terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya
dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.
Kota
Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota
ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari
tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina
dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang
ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota
tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang
tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.
Kini
Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan
kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya
dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong
Raja
Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan
dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka
Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara
dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas
istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah
menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga
secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal.
Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota
yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota
Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah
dan Puteri Saadong.
Pemerintahan
Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi
di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini
meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di
Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor
dalam tahun 1663.
Dalam
tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati
ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul
dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada
sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang
tidak setia terhadap janji.
Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.
Bukit
Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut
sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu
Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit
Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan
suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi
pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul
Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa
berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata
kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat
jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja
Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan
akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
Hingga
kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih
lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda
bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang
dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
dipetik dr - pertubuhan kerabat keturunan Wan
0 comments:
Post a Comment