Friday, August 12, 2011

Hati-hati Meletak Dompet di Poket Belakang Seluar

xd kne mngene pn. saje ltak. haha





Biasa meletakkan dompet di poket belakang seluar anda??? Waspadalah. Kebiasaan itu ternyata boleh mempengaruhi saraf-saraf yang ada di tubuh. saintis menyatakan orang-orang yang duduk dengan dompet di poket belakang seluar berisiko merosakkan saraf-saraf utama. Keadaan ini sudah menjadi begitu biasa dalam masyarakat hari ini sehingga dipaggil dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. lelaki yang selalu meletakkan dompet di poket belakangnya adalah golongan yang paling berisiko terkena keadaan ini.


Ahli fisioterapi menyatakan adanya peningkatan jumlah lelaki yang menderita atau mengalami sakit punggung bahagian bawah, dan dirasakan posisi dompet menjadi penyebab utama keadaan ini. “Ketika ini semakin banyak pesakit saya yang datang ke klinik dengan menderita seperti itu. Keadaan ini berpunca dari posisi dompet yang menekan saraf di belakang tubuh dan seiring waktu boleh menyebabkan sakit pinggul,” ujar Julian Forth, seorang ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex, seperti dikutip dari BBCNews, Isnin (14/3/2011).


Forth menyatakan dompet tersebut akan menekan saraf-saraf di tubuh baik pada saat orang memandu atau ketika duduk di tempat kerja. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan rasa sakit atau kebas pada pergelangan kaki, kaki bahagian bawah dan menimbulkan rasa sakit saat berjalan, duduk atau berbaring. Jika seseorang meletakkan dompet di poket belakang, maka akan menimbulkan ketidakseimbangan yang secara tidak sedar melibatkan otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf. Ketidakseimbangan ini membuat seseorang duduk cenderung sakit kepala dan mencuba untuk tetap menjaga keseimbangan yang berpusat pada pinggul.

Keadaan ini kemungkinan melibatkan satu atau dua compensation curves dari tulang belakang yang membuat posisinya menjadi tidak sejajar. Secara tidak sedar hal ini akan membuat bahu menjadi jatuh. Itulah sebabnya meletakkan dompet di poket belakang boleh menyebabkan kebas pada leher, punggung dan juga bahu. Jika lelaki berfikir bahawa ia tidak mengalami keluhan apapun, sebaiknya tetap menghindari kebiasaan tersebut.



ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghindari risiko gangguan saraf, seperti diambil dari siouxcityjournal.com yaitu:
1. Melakukan sedikit peregangan sebelum duduk
2. Mengeluarkan dompet dari saku belakang sebelum duduk meskipun dompet tersebut tidak tebal
3. Meletakkan dompet pada tempat alternatif lainnya seperti poket jaket atau di dalam beg
4. Duduklah dengan keadaan selesa di kerusi atau sofa dengan permukaan yang mendatar sehingga tidak mengganggu saraf dan struktur tulang serta otot.
5. Jika sudah timbul kesakitan sebaiknya segera bertemu dengan ahli fisioterapi untuk memperbaiki postur tubuh dan tidak memburukkan lagi keadaan.



selamat berpuasa!!!!!

2 comments:

Datin NurulSyazwanie said...

kalau pompuan suka letak kat belakang jugak cne? osak saraf jugak eh? aku selalu letak belakang :(

aizart said...

xtaw la kn. hahaha. mayb same jugk kot. aq pn suke ltak. hahaha. camno tu

Post a Comment