Saturday, August 13, 2011

Selamat Hari Kidal Sedunia - 13 Ogos


credit 2: comradenami..





 

saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kidal Sedunia kepada beberapa manusia kidal seperti Barack Obama,Diego Maradona,Lionel Messi,Johan Cruyff,Rafael Nadal,Billy Corgan,Noel Gallagher,Jimi Hendrix,Robert Plant,Johnny Rotten,Paul McCartney,Robert De Niro,Angelina Jolie,Bruce Willis dan tak dilupa,arwah Sherina Ellyana.

Setiap tahun,10,000 orang dilaporkan mengalami kecederaan kerana kidal - tetapi menggunakan peralatan orang kanan.Orang kidal selalunya dihina dan dikritik - dan mengalami tekanan emosi terutama semasa di tadika.Orang kidal pada zaman Gelap dilabel sebagai ahli sihir - wajib dibunuh.Di negara-negara Islam,tangan kiri dianggap sebagai jijik dan hanya digunakan untuk mencuci najis.Tangan kiri juga selalu diassosiasikan dengan kejahatan - contohnya pernah diceritakan kepada saya,bila di alam Akhirat nanti,buku amalan akan diberi - jika terima tangan kiri maka nerakalah tempatnya.Dalam bahasa Itali sinestro bermaksud kiri - datang dari perkataan sinister.Dalam bahasa Inggeris - left - selain dari kiri,bermaksudnya adalah ditinggalkan.Sedangkan right - adalah benar selain kanan.Soalnya,kenapa hina sangat tangan kiri ni?

Dahulu semasa makan - saya menggunakan tangan kiri untuk sudu atau garfu.Menggunakan tangan kanan untuk sudu menjadikan saya seperti seorang yang tidak tahu gunakan sudu.Tertumpah-tumpah.Mengikut praktikaliti - seorang kidal - wajib gunakan sudu atau garfu tangan kiri.Sekiranya ada sunnah berkata wajib guna tangan kanan untuk sudu seperti yang pernah didebatkan dengan kawan saya,celah mana zaman Nabi guna sudu?

Bagi saya - seorang kidal,5 peratus dari penduduk dunia - kadang-kala merasakan kaum tangan kanan membuli kita semua.Semasa saya di tadika - tangan saya berapa kali disebat pembaris kayu kerana menulis tangan kiri.In the end saya mogok tulis dan saya buat bodoh atas kerja rumah yang cikgu buat.Bila cikgu tanya,kenapa tak nak buat kerja,sebab cikgu asyik pukul tangan saya bila menulis.

"Tulislah tangan kanan!" amboi senangnya bercakap.

Setelah diadukan kepada mak,dan kena sound - barulah cikgu tu sedar dan insaf yang memaksa saya untuk tukar tangan kanan adalah sama seperti memaksa saya menjadi tabligh yang berpusat di Seri Petaling.Atau memaksa saya menyokong team bola Engleng.

Sinestro,ciotog,gauche,southpaw atau kidal - tangan kiri inilah yang menyatukan kami.Penindasan dan penghinaan serta tekanan emosi yang kami alami sukar diukur dengan kata-kata.Dan atas tekanan inilah,sesetengah dari golongan kami telah berjaya menjadi orang-orang penting.Dan kadang-kala kita terpaksa mengimprovasikan teknik untuk terus hidup.Atas improvasisasi inilah datangnya kreativiti.

Tetapi walaubagaimanapun improvasisasi - penindasan tetap berlaku.Anak-anak kecil yang kidal masih lagi dimarah ibu bapa kerana kidal.Mengikat tali kasut kadang-kala menjadi masalah.Kiri masih lagi dianggap jahat - padahal setahu saya - apa yang kiri adalah benda yang baik - politik berhaluan kiri misalnya,ialah suatu perkara yang baik untuk rakyat.

Kekirian dalam diri saya sungguh menebal sehingga ianya menjadi jati diri saya.Lloque Yupanqui - seorang maharaja Inca yang berkuasa - tetapi tidak memilih jalan perang untuk berkuasa dianggap orang yang memilih pendamaian dari peperangan.(dalam bahasa Inca - Lloque Yupanqui means "the glorious lefthander")

Saya menyeru kepada orang tangan kanan - tolonglah - buang segala fatwa fatuih yang memburukkan tangan kiri.Tuhan menciptakan dua tangan dan kedua-duanya seharusnya mulia.Kata-kata seperti "tangan cebok,tangan tahi,atau tangan penerima amalan dosa" adalah melukakan hati sesetengah kidal.

Dan kepada orang-orang kidal seluruh dunia - sepatutnya kita semua memberi kesedaran kepada mereka yang bertangan kanan - bahawa kita tidak menuntut wilayah autonomi atau commune sendiri untuk rakyat bertangan kiri.Kita cuma meminta para guru,terutamanya di tadika untuk menghentikan pembulian psikologi ini.


alamat Lefthanders Society.

Left Handers Club
Sterling House
18 Avenue Road
Belmont
Surrey
SM2 6JD
UNITED KINGDOM

4 comments:

eZmALiZa said...

taknak besar pulak tulisan kau nih...merah lak tu..pedih mata aku.. hahahaha =D

aizart said...

haha. besar ke? aq tgk bese je. nnt aq bwat kcik2 lak eh. hahaha

Suriati Suhaimi said...

aq stuju ngn ezma..dh la sket pnye bsr..
wrne merah plk 2...mmg gmpk thp dewa dewi la..

aizart said...

ok2. aq da tukr tu. da jd oren. kcik je tulisn. hahaha. komen2 la yeh. nk improve ni. huhu

Post a Comment